VISI Impian Gemilang SJK(C) Tong Wah Menjadi Nyata Menjelang 2010 MISI * Melahirkan modal insan yang berakhlak mulia, berilmu tinggi berketrampilan dan sejahtera. * Mewujudkan budaya membaca yang cemerlang demi membentuk generasi membaca sepanjang hayat. * Memberikan pendidikan yang berkualiti kearah pencapaian kegemilangan akademik dan kokurikulum. * Mewujudkan suasana keharmonian warga penyayang dan komuniti prihatin.
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Tong Wah ditubuhkan pada tahun 1910 dengan nama awalnya "Dewan Pelajaran Tong Wah" dan terletak dibangunan "Kuil Tua Pek Kong", Jalan Besar, Bagan Serai. Pada ketika itu, hanya 8 orang murid dan seorang guru sahaja. Bilangan pelajar bertambah dari semasa ke semasa. Oleh itu, sekolah telah berpindah ke beberapa tempat untuk menampung pelajar yang semakin ramai. Antaranya ialah "Siong Siong Club"dan "Hwa Fang Cafe". Sehingga pada tahun 1941, iaitu zaman pemerintahan Jepun, sekolah terpaksa diberhentikan. Sekolah berfungsi semula pada tahun 1945 dibawah pimpinan En. Beh Soo Yang dan sokongan penduduk Bagan Serai. Penambahbaikan bangunan sekolah telah diadakan dari semasa ke semasa dengan sumbangan usaha pelbagai pihak. Atas kerjasama dan usaha pelbagai pihak, sekarang bangunan baru sekolah dapat disempurnakan dengan berjaya. Pada 25.1.2007, sekolah akan mengadakan Majlis Perasmian Pembukaan Bangunan Baru yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Sri Chan Kong Choy, Menteri Pengangkutan Malaysia.
No comments:
Post a Comment